Lompat katak by Penulis & Syahir a.k.a kakak rambut color merah
Bersama kakak manje sofia latjuba a.k.a Piah Leman Pendamar
Salam Eidul Adha buat semua.....
Penulis hari ni nak update pasal raya haji semalam yang penulis sambut secara sederhana bersama famili dan rakan baik penulis...
Persiapan lancar di rumah ayah bonda di Kampung Telok Gong, Pelabuhan klang umpama sambutan Raya puasa pulakkk. Masa kan tidak ibu penulis menyediakan juadah yang sangat enak iaitu rendang ayam, rendang hijau kerang & kari kerang selain nasi impit yang menjadi sajian utama. Adik penulis iaitu Miss Tika sibuk dengan persiapan dessert iaitu dadih express dan sebiji kek yang beliau siapkan untuk esoknya mmmm
Kehadiran famili abang dan adik yang lain memeriahkan suasana. Penulis memang lambat sampai rumah itu pun sibuk tidak mahu balik. Tapi selepas ibu penulis menelefon penulis maka tiada pilihan ihihih...kang tak balik berdosa..sian mak penulis dah siapkan menu sedap2.
Seawal jam 7 pagi penulis sudah bersiap mandi untuk ke Masjid menunaikan sembahyang. Abah & abang ajak sekali ke majlis tapi disebabkan kawan baik penulis iaitu Piah & Syah dah mengajak awal jadi penulis kena pergi dengan dorang ihihih..
Lokasi solat raya di masjid kampung idaman. Penulis, Piah & Syah memang terpaksa solat kat situ takot2 pergi ke masjid lain akan lambat. Dimasjid kami terserempak & sempat berborak dengan kak pah a.k.a hafiz iaitu orang kuat MCSB ihihih...ponen underground
Selepas solat plan yang diatur ialah ke rumah penulis. Tiada juadah dirumah Piah & Syah jadi terpaksa menyerang rumah penulis seperti biasa. Selepas selesai makan kami pon merambu ramba mengambil gambar di jeti kampung penulis. Kami memang tiada plan kemana sbb masa hanya sehari jadi takde nak pegi jauh2..
Setle semua Piah ajak ke jusco bkt tinggi beli beg idaman dia..dah dapat. Penulis pon beli sehelai t shirt simple 3 helai RM50 yang dikongsi bersama Syah. Tiba2 panggilan dari orang banting suruh kami beraya kesana sbb si marishka a.k.a mak long dah masak...
Lepas abis kat jusco kami semua bertolak ke rumah mak long kat banting...kena inform org kuat EJ yang akan beraya bersama kami...dah sampai sibok bergosip tuhla ponen2 ihihih
sambil tunggu si EJ sampai...dah sampai barulah kami melantak beramai-ramai..bukan seround tp 2 round sbb masakan mak long sedap ihihih..thanks mak long..mak long kreatif
Mak long pakai caftan a.k.a jubah yang dihantar oleh ayah ibu mak long yang menunaikan haji kat Mekah....thanks mak long jempot kami seperti hari2 raya yang lalu...
Nikmatilah 2 keping gambar penulis bersama rakan baik iaitu Syah & Piah....
P/S: Gambar bersama mak long a.k.a marishka & EJ Marishka akan diupdate sikit ms lagi..
No comments:
Post a Comment