Wednesday, November 24, 2010

Bila saya di dalam committee Aids Day & Go Green

Sekali lagi penulis diberi peluang duduk didalam committee member bagi program World Aids Day & Go Green...

World Aids Day akan berlangsung bermula hari ini..tugas penulis hanya berada di booth dan mengedar flyers juga menjual pin juga t-shirt bersama rakan lain. Semalam core committee memaksa kami2 memakai all black hari ini...venue semestinya di cafeteria TPM, Enterprise 4.

Go Green akan berlangsung sabtu ini dimana acara bermula seawal jam 12 tengahari dan berkumpul di TPM Enterprise 4. Kami semua akan menuju kesana dengan menaiki bas dan dianggarkan lebih 10 buah bas akan ke lokasi iaitu Bagan Lalang. Program akan dirasmikan Menteri Inovasi & Alam Sekitar Datuk Joseph Kurup.

Penulis ditugaskan dibahagian logistik bagi memberi kemudahan kepada para volunteer yang melebihi 500 orang. nampaknya penulis bz minggu nih dengan pelbagai program..

Tapi hari ini lepas waktu keje lagi hebat....akan menuju ke Butik Wedding Glamourous untuk mengambil persalinan dan aksesori bagi pengantin sabtu ini di Jalan Klang Lama. Actually job mekap ni diberikan oleh kak BB Juita kepada penulis. Selepas itu pastinya penulis akan bergegas ke Butik Designer untuk mengambil 2 pasang baju sanding yang belum di beading lagi. Dress Moden color purple & grey pastinya bertambah seri dengan beading dan batu2 yang akan penulis letakkan.....akhir sekali penulis akan pergi ke Klang untuk menempah sepersalinan jaket lelaki moden untuk pengantin di TPG. Melawat ibu angkat tercinta di Kg Delek kanan akan mengakhiri journey penulis hari ini......sangat penatkan? itulah penulis...

Tengah malam ada task menanti iaitu ke Jeram untuk memasang pelamin. Pelamin ini memang di inginkan pasangan pengantin last minute. Untuk tidak menghampakan penulis terpaksa bergegas kesana memberikan idea dekorasi segar untuknya.

No comments: