Friday, October 29, 2010

Pemula Pagi di Tampin

10:03am Penulis sudah pun siap mandi dan hanya tinggal ingin siapkan rambut penulis sebelum bergegas ke rumah pengantin.

Tidur yang tidak cukup dan tidak selesa di hotel ini kerana kami ber4 duduk didalam bilik sardin no 204. Tapi tak kisahlah penulis bukan kisah sangat hal tidor2 ni janji penulis dapat menyelit diantara 1 antara kami berempat & tido 2-3 jam sudah memadai.

Selepas abis job di Tampin ini kami akan pergi berlibur di Air terjun area sini. Tapi depends on feeling wellnes Che wan yang slalu merajuk...ahahahhaha

bersambung lagi..........ciauuu bedaaaaaaah!!

Edisi Petang: Petang ke Malam di Tampin

Selepas half day leave penulis di approve kan oleh manager penulis. Penulis bergegas balik untuk bersiap ke Rembau bersama teman baik Piah...

Ingatkan rancangan untuk kesana tak dapat rupanya dapat gak follow ihihih..

anyway ceritanya mudah..plan asal ke rembau jam 3pm tapi memandangkan ada je bende yang jadi makanya bertolak ke Rembau pada pukul 8pm...

Apa dah jadi? ihihih seperti biasala..malas nak story tp itulah yang slalu jadi bila che wan yang jadi planner...

Tapi sesampai di Rembau edisi memasang pelamin 2 pasangan pengantin serentak...memang cantik pelaminan Readzul kali ini..ala garden tp ada something wrong..ihihihih

I like this design since this is 1st time kami2 buat pelamin mcm nih..nantila kalau ada gambar lebih pemberian Piah...penulis akan update kan di blog ini...

Penulis sekarang berada di hotel bajet di pekan Tampin yang penulis rasa selesa & sangat Ok...suasana dihotel ala sauna tp nice laa...

Piah, che wan, azie & crew lain dah tdo..tinggal penulis je yg sibuk update blog...Okla sampai sini..jumpa next entry...ciauuu bedahhhhhhhhhhhh

Thursday, October 28, 2010

Pemula pagi: Edisi berbelah bahagi

Edisi Ofis

Pagi ini sepatutnya ada interview dengan HOE PHARMACEUTICALS SDN BHD tapi terpaksa penulis reschedule semula sebab takde reason nak amik cuti...

Takut2 kalau boss bertanya..apa plak penulis nak inform..takkan nak ckp pegi interview..matila ihihihih...

Jadi penulis bergegas ke ofis, sampai je di lobi TPM enterprise 4 penulis jumpa office mate yang sama2 lambat ihihihih...sambil berjalan sambil berborak

Memang chinese girl yang penulis kenal ini seorang yg sangat pendiam..walau tidak pernah berbicara penulis cuba menegurnya dan responnya sangat baik. Sedari level 1 sehingga level 3 kami rancak berborak mengenai kerja dan hal diri ihihih..mcm sessi kenalan tp baru penulis tahu kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran...

Sampai di Ofis manager penulis Mr. Bala sibuk dengan staff lain, agaknya ada migration. Penulis tengok jam didinding dlm pukul 10:15am..selambar badak ihihihi.

Sampai di desk penulis terus ON kan lappy dan mengunyah 2 ketul kuih & teh tarik mesin 20 sen. Teh tarik beli kat pantry sajo sbb ada mesin.....

Yana nampak penulis dan excited datang borak dengan penulis

Yana: Didi tak gi interview ke? kan kol 11am hari ni kan..

Penulis: Reschedule la tak geti nak bg reason apa kat Bala ihihih

Yana: Ala cakap je...bagi je reason u nak half day..bawak mak u gi klinik ke...I ari ni kol 4 ihihih

Penulis: Tengokla mcm mana jap lagi...I jumpa dia terus ekkk

Yana pun berlalu pergi sbb ada talk pasal cancer....kat hall mana tah..


Edisi Rembau

Pagi2 dah sms piah..mintak idea mcm mana nak lari gi rembau ihihih..sambil sms banyak sms lawak dari piah yang buat penulis tergelak...memang kami kuat menyakat antara satu sama lain...kawan la katakan..kawan baik..kadang baik..kadang sentap..tuh nama kawan..

Penulis memang nak mengikot si Piah & che wan ke Rembau..ada majlis kahwin under Readzul Creation...al kisahnya tugas penulis kalau ke sana mesti kena cucuk bunga pelamin dll....biasala dpt gakla pendapatan sampingan..bukan gaji tapi saguhati dari dorang kelakar..

Email pemula pagi...

Salam buat semua,

Ini balasan email dari si dia..penulis bukan tidak mahu membalas email itu tetapi biarlah si dia membacanya disini..

Penulis tidak mahu lagi mengeruhkan suasana, rasanya si dia pun begitu. Apa yang penulis harapkan kebahagian ini akan kekal walau tidak sampai ke akhir hayat...

Penulis tidak mahu lagi ada insan disekeliling penulis terluka. Oleh itu lebih baik penulis berdiam dari terus mencoret sesuatu yang akan menyentuh hati insan lain.

Cukuplah penjelasan penulis, bila penulis kata sayang..sayanglah ia. Andai penulis kata benci...bencilah ia. Fikirkanlah & renung2kanlah sejauhnya..

Penulis ini tidak sehebat mana pun...penulis juga sama mcm insan lain punya hati & perasaan..

Penulis inginkan semua ini...


kerusi 2 seater cantik ini akan penulis beli dalam masa terdekat...




Penulis dambakan hasil kerja seperti ini....
Hasil solekan Apie Temerloh...sangat kemas & cantik




Penulis telah akan menempah set pelaminan morroco ini...
Harga cukup mahal tetapi berbaloi

My Best Friend yang hilang


Dulu masa di MSU kami sangat rapat....

Terkenang bila dapat menjengah blog beliau yang kini sudah pun bergelar isteri orang. Penulis tidak kisah itu semua asalkan teman baik penulis bahagia dengan kehidupan sekarang...

Cyana dulu dan sekarang banyak lainnya...penulis sangat mengenali hati budi beliau dan biarlah ia menjadi kenangan antara penulis dan beliau ahahahahha

Rindu bertamu bila penulis teringat kisah zaman belajar dulu. Tapi yang bestnya semasa penulis sibuk ingin membeli kelengkapan pelaminan penulis secara kebetulan ditemukan dengan beliau di Plaza Alam Sentral ihihih...tak sangka

Itulah kisah penulis yang kenal dengan teman baik penulis semasa belajar dulu...

Penulis sayang dia

Penulis tidak mahu menipu lagi..ini yang penulis inginkan

Penulis juga punya hati & perasaan ingin dicintai. Penulis menerima apa adanya dia. Penulis mengenalinya pun secara kebetulan. Penulis ingin kenal dia penulis mencuba...walau awalnya penulis seakan rebah tetapi akhirnya penulis berjaya mencuri hatinya...............

Penulis sayang dia..sangat sayang..

Bersambung.................................

Cerita Hari Ini..............

Hari nih mcm biasalah kat ofis..penulis seakan bengong seketika bila suasana di ofis hampir sama setiap hari..sunyi sepi je. Kadang2 ada dengar hilai tawa penulis bersama teman seangkatan yana, miza dan nurul ihihihih

Boss besar Jim Carey amik block leave jadik seminggu dua memang takkan takde kat ofis. Tinggal lah seorang Monica Joseph P.A kepada Jim ihihih..tapi bukan itu ceritanya

Sepi penulis bila tidak lagi menerima panggilan telefon..email atau sms dari dia. Dia seakan ingin meninggalkan penulis. Penulis tahu kadangkala apa yang penulis tulis dan lafazkan buat si dia terasa hati. Tapi penulis memang begini kadang suka dengan gurauan dan penulis kenal si dia yang memang suka bergurau.

Sepi tuh bukannya hari ini saja, semalam2 pun..dulu2 bila penulis balik dirumah dan lepak dirumah penulis pun seakan sunyi. Penulis memang biasa dengan hidup sebegini. Apa lagi yang penulis boleh buat. Hakikatnya sidia inginkan penulis semutlaknya menjadi hak dia. Bukan penulis menolak tetapi kasih penulis ini tidak boleh dikongsi dengan orang lain..tapi dia? penulis ini bukan no 1...tapi yang kedua...

Pernah si dia mengaku yang dia punya orang lain..penulis tidak pernah melakukan apa yang dilakukan pada penulis..penulis hanya marah pada masa itu sahaja tetapi penulis tidak mendiamkan diri sebegitu lama...seperti dia.

Penulis kadang muak dengan sikap sesetengah orang seperti dia. Selalu saja menyalahkan diri penulis sedangkan dia sudah tau apa yang terjadi seawal perkenalan penulis dengannya.

Andai si dia ingin berlalu pergi..penulis harapkan kenangan penulis dan si dia akan menjadi suatu kenangan indah dan akan dikenang sampai bila2...

Halalkan makan minum penulis yang selama ini diberikan oleh si dia. Semoga tuhan akan menghadirkan dia seorang yang lebih baik dari penulis. Penulis sentiasa berdoa akan kebahagian si dia dan penulis tidak akan lupa pada insan yang bernama Hafiez Hanafi....

Wednesday, October 27, 2010

Ofis yang sejuk

Ofis ini sangat sejuk..sampai office mate penulis si Miza berkali menghantar email ihihih

sampai penulis memberi idea lawak....suruh si Miza nyalakan unggun api kat bawah desk dia

buat abang,

maafkan saya...saya seperti dulu. tiada apa yang berubah. buanglah sifat cemburu & berfikirlah secara matang...

Tuesday, October 26, 2010

Lunch break: Miza blanje chicken chop

Thanks Miza cos blanje didi makan tadi ihihihih

really appreciated dengan sajian chicken chop + teh ais

memang best lunch dengan kowanggggg aumm

Jangan soalkan itu lagi...

Jangan soalkan itu lagi andai

Ianya perit untuk diterima..andai ianya membuatkan kau terluka

aku tidak mampu untuk menipu...aku jujur setulusnya

aku tidak mahu kehilangan dia & kamu

kerna

kalian terlalu penting dalam hidup....

Keputusan Penuh FFM23



FFM 23 KEPUTUSAN PENUH

Poster Terbaik
BELUKAR

Pereka Busana & Kostum Terbaik
HASNAN YAACOB - MAGIKA

Lagu Tema Terbaik
EDRY ABDUL HALIM - PENYEMBUH RINDU - MAGIKA

Penataan Bunyi Terbaik
BRIAN NG - V3 SAMSENG JALANAN

Penataan Seni Terbaik
ANUAR PAHARUDDIN & JOHAN LUCAS - MAGIKA

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
SHASHI TARAN - ESTET

Pelakon Harapan Wanita Terbaik
DAPHNE IKING - BELUKAR

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
FIMIE DON - MAGIKA

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
NORLIANA SAMSUDIN - ADNAN SEMPIT

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
SHAHIEZY SAM - EVOLUSI KL DRIFT 2

Pengarah Harapan Terbaik
EDRY ABDUL HALIM -MAGIKA

Filem Komedi Terbaik
MY SPY

Filem Pendek Terbaik
PROJEK GENEX

Filem Dokumentari Terbaik
LASKAR SENOI

Filem Animasi Terbaik
BUAS

Skor Muzik Asal Terbaik
EDRY ABDUL HALIM, MAGIKA

Penyunting Terbaik
SYAMSUL YUSOF & HISHAM JUPRI - EVOLUSI KL DRIFT 2

Cerita Asal Terbaik
AHADIAT AKASHAH - LAGENDA BUDAK SETAN

Lakon Layar Terbaik
JUMAATUN AZMI - HAQ

Sinematografi Terbaik
RAJA MUKHRIZ - NIYANG RAPIK

Anugerah Khas Juri
WOHOO
MUALLAF
ESTET
CINTA AIS KACANG

Filem Box Office
ADNAN SEMPIT

Pelakon Veteran Wanita Terbaik
DATUK SARIMAH AHMAD

Pelakon Veteran Lelaki Terbaik
TAMAM IDRIS

Penggiat Belakang Tabir
JOHARI IBRAHIM

Pelakon Wanita Terbaik
LISA SURIHANI - LAGENDA BUDAK SETAN

Pelakon Lelaki Terbaik
BRONT PALARE - BELUKAR

Pengarah Terbaik
SHAMSUL YUSOF - EVOLUSI KL DRIFT 2

Filem Terbaik
MAGIKA


Dugaan itu datang lagi.......

Dugaan itu...datang lagi
kali ini menerjah tanpa signal
yang menjadikan aku
buntu tak terkata..lalu aku benak tidak mampu berfikir apa

Dugaan itu...datang lagi
kali ini penuh makna
bila aku perlu berfikir..mengapa ia terjadi?
aku redha dengan semua ini
yang kadang membuatkan aku rebah
keliru yang berliku

Dugaan itu
bukan bisa ditolak
kerna telah dipilih Dia
untuk aku tempuh
lantas aku ini punya kesilapan diri
yang perlu diperbaiki

Dugaan itu
menjanjikan hikmah
yang perlu aku fikirkan
untuk menjadi pengukur
Imanku yang lemah

Dugaan itu
akan aku redahi
biar aku redah sendiri
untuk aku pelajari
erti kehidupan


Nukilan: Didi Mustafa, Penulis

Hilang Wallet...

Bende nih dah berulang kali jadi dan penulis rasa diri penulis memang cuai...asyik ilang jekk
tapi kali nih memang penulis perasan kehilangan adalah bukan kesilapan penulis..atau???

Hilang entah mcm mana..bila penulis periksa didalam beg lappy. Beg lappy penulis terbuka & wallet hilang...............

Penulis kehilangan:
  • Wang tunai RM600 (Duit umah & api/air)
  • Kad2 bank
  • resit2
  • Lesen
nasib baiklah penulis semalam fotostat IC dan terlupa letak balik didalam wallet. takyahlah mengganti IC yang kalau tak silap penulis denda maksimum RM300..huhuhhh

now penulis mencarik alternatif mcm mana nak bayar duit umah...owner taknak tau wallet penulis ilang ke apa. janji duit umah tiap2 bulan masokkkkkkkkkkkkkk......arghhhhhhhhhh

Semalam MC

Penulis MC semalam...penulis rasa tak sedap badan.

Penulis merehatkan diri dirumah sambil menghabiskan jahitan veil untuk 2 pengantin. Penulis menjahit labuci yang perlu dipenuhkan bagi grand sket veil tuh ihihih..

Untuk color grey penulis dah settlekan tinggal color purple yang belum ada batu lagi utk penulis jahit..

Sambil duduk di depan LCD TV yang baru dirumah penulis dengan tekun menjahit hingga ke petang. Dah ada TV takdela bosan tinggal tak masuk astro lagi nih..

Penulis hari ini segar tp ada perkara sedih yang berlaku...

Sunday, October 24, 2010

Temerloh yang ok...

Sabtu lepas ke Temerloh...teman piah mekapkan pengantin..

Seawal pagi jam 6am, dah kuar umah trus piah drive kesana..dlm 8 lebih sampai..

sempat makan di bandar Temerloh pekena nasik lemak..oklaaa makan berempat dlm RM14 yang sangatlah murah...lauk bukan main daging bagai sume ada

RM14
  • 3 pinggan nasi lemak (lauk sukati daging rendang, telur mata kerbau)
  • 1 pinggan pulut kuning (lauk sukati daging rendah, telur mata kerbau dll)
  • 1 nescafe ais, 2 teh ais, 1 teh o ais
murahkan??? iihihihih....

pulut kuning si che wan makan...nasi lemak yang makan ialah penulis, piah & adik piah si azie ihihih...

kami makan kat belakang dewan yang piah nak mekapkan nanti.

dah setle mekap tak sempat makan nasi pengantin pon....che wan majuk lepas ckp mekap piah tak cantik..ihihihih

nak pegi melaka jumpa wan..si wan sibuk..this week dia dtg kajang ada futsal tournament tp tuhla tak ble jumpa gak sbb nak gi rembau tolong piah buat wedding...

apa pon temerloh indah...okla..best gak taklah perokkk sangat..penulis suka..walau bandar kecik tapi temerloh yang diiktiraf bandar ikan patin, malaysia tuh...sangatlah tenteram & damai..

25hb: Edisi Bangun Lambat

Penulis tidor 12 midnite mlm tadi..maklomla umah sewa dah ada TV..my housemate zul yang bawak katanya abang dia bagi pinjam...fuhhhh LCD tuh...besa2 ihih best

tapi tak lama pastu terus tido...lepas minum segelas nescafe....lalallalala

Al kisahnya dah kunci jam kat HP...2 HP yekk..tapi still bangun lambat..kalau biasa mangun dlm 6 lebih..ari nih bangun kol 8am..bayangkan...

semua bebudak umah dah merambus ke tempat kerja..penulis sibuk nak mandi siap2 n pegi keje...penulis sampai ofis dlm kol 10am yang ok jekk..

boss tak nampak jadi penulis selamat ihihihih...

Ahad 24/10: Rumah Kediaman Ayah Bonda, Telok Gong

Semalam,

Penulis balik ke rumah ayah bonda dikampung halaman. Iyela rindu kat mak, ayah & adik bradik lain.

Sebelum balik pergi IKEA beli barang deko untuk pelaminan...pastu lari ke Romantika beli candle cage and last skali pegi butik my designer hantar baju sanding 2 pasang.

di Ikea suasana seperti biasa se awal jam 11am, Ikea dah sesak..jalan pon mcm apa tah...ramai orang membeli belah. nak bayar pon panjang beraturnya penulis jadi menyampah ihihihih...nasib baik penulis nak beli barang2 keperluan kalau tidak jangan harapppp..

ke Romantika, Alam sentral...suasana agak lengang tp ada event kat situ rase mcm oklaa..
masa naik 3rd floor jumpa my fren cyana & hubby tengah betulkan HP..sempat borak jap sambil mus'ab ajak makan kacang ihihih..u all so funny

dah beli direct to bukit tinggi and kat sana dlm lebih kurang sejam lebih discuss pasal baju...bukan apa, taknak design yg dibuat ikot hati dia..bukan ikot citarasa kita..penulis memang agak cerewet..itulah penulis

Last skali pegi umah mak & abah, dengan barang penuh dalam keta..sessi memunggah...
dah inform adik suh kemaskan bilik stor untuk sessi spray meng spray apa yang patuh patut flower stand etc.

sebelum sampai dah sms adik bitau penulis nak balik..mak memang best sediakan Laksa & masak lemak...

sesampai nya mak terus mengajak makan laksa..memang feveret & memang sedap pon..selepas selesai laksa..makan lak masak lemak ikan dgn nasikk...penulis mmg kuat melantak ihihihih

nak buat signboard kat depan umah tp tak blehla nak buat sendiri..memang kena tempah gak ihihih..penulis tak pandai buat

tapi penulis sempat simenkan kaki tiang back drop x4, spray flower stand besi x2...pastu deko bunga articial 2 pasu...and yang lain borak2 dgn mak n adik2..serta abang

manje2 dengan anak buah anak abang...kacau ihihih & my lil bro sempat sound penulis

'Balik2 marah2 nih mesti slalu kena marah dgn boss..sbb tuh balas dendam kat sini.."

kelakar dengan sindiran adik penulis yang mcm tau2 penulis sllau kena sound dgn boss ihihih

1 lagi...penulis inform kat lil bro penulis yang dia akan continue study....and he agreed dan suka dengan pilihan penulis...my lil bro suka bidang masakan..jadi penulis pilihkan chef training untuk dia....

lepas dah siap sume dlm kol 830pm penulis bergegas balik ke seri kembangan, rumah sewa penulis untuk tidor & bersiap pergi kerja esok..tapi malangnya penulis bangun lambat esoknya..................

bersambung

Thursday, October 21, 2010

Koleksi Gambar Penulis




Wan kata...


I never know your heart...I try to know it...tapi.........
why u always say sorry for me..tapi u ulang bende yang sama

U always cakap..mintak maaflah...wan ada masa tp mimi yg balik melaka slalu tak inform wan..

esok wan pegi kl..i don't know why? tapi at the end he inform that dia pegi kl with new GF
sukatilah..

when I want ending this relation..u never accept it and cakap..wan sayang mimi...
sayang ke kalau mcm tuh? ahaaaa

nih tahun ke 6 relation kami..yang dari dulu sampai skang dia still ckp saya ngade2..manje2..suka majok...suka kena pujok..and dia..

sangat independent..tak suka org majok..tak ske dikongkong and etc..
saya mengongkong awak ke? hello................

satu perkara yang buat saya suka kat awak....when my besday is coming
ur the 1st one yg wish my besday...and walau takde hadiah istimewa

wan cakap..wan dah set DOB mimi kat HP..kalo HP ni hilang abisla...
mimi pon sama ihihihih..gedikkk

saya teringat masa kita makan kat laksaman ari tuh..saya bawak keta and langgar devider tepi jalan...ihihih sama2 malu...sama2 jadi perhatian orang lain
tapi yang best...kita still order ayam tandoori and makan sama2...

satu pesanan en sharif rizduan...

' Orang tak suka awak kurus...t tak cumel....berisikan sket badan ihihihhi'

and saya membalas

'tetiba sibok ckp org kurus nape?...awak kurus takpe'

he said

'biarlah comel sket..kurus t mcm tak padanla...pastu dia pon gelak besar'

sampai skang bila sms or call dia akan ckp bende tuh 1000 kali

'cik mimi jgn kurus sangat tau..and dia pon tau skang ni cik mimi dah dumokkk' ahahahha

Teman Saya ketika..dimana









Anak buah penulis yang cumel....
Nih la teman kalau ada event untuk andaman...


Ceritanya begini..inilah 1st anak buah saya dlm keluarga..setelah kini 3 tahun umornya ayong yg kami panggil sejak kecil sudah pon membesar sihat & keletah orangnya...

Nakal penulis tidak boleh cakapla dan sedari kecil penulis memang sangat memanjakannya...
kalau bab makan tuh penulis tak kisah..cakap apa saja penulis pasti akan menunaikan utknya..

Penulis sangat rapat dengannya dan jika tidak bertemu sekian lama..penulis pulang ke kampung halaman anak buat penulis ini akan malu2 ihihihih...
dan lama kelamaan akan dtg kepada penulis utk bermanja...itulah buah hati kesayangan penulis....

walau penulis kini sudah punya 6 anak buah..penulis memanjakannya sama mcm dulu...tapi anak2 buah lain tidak terkecuali...tiada beza antara semua

cuma penulis yang menjaga ayong dari kecil pastinya penulis sayang lebih kepadanya...

Saja nak kongsi






Penulis ketika memasuki pertandingan andaman
Pameran Pengantin 2010 yang lalu...

Cerita Orang Kaya

**************************************************

Diari Penulis: Jumaat 22hb

Penulis bosan di Ofis...tiada apa keje yang perlu dibuat.

Semalam balik keje kol 7pm sbb attend conference meeting regarding payment system failure kat India.

Tengahari nanti penulis ingin ke Jalan TAR membeli kain sifon silk di Jakel, KL selain 2 tudung bagi persiapan perkahwinan Cik Fara di Shah Alam & Cik Nona di Telok Panglima Garang.

Petang lepas balik keje penulis akan ke butik designer menghantar tempahan seterusnya malam ke butik readzul sempena persiapaan untuk ke Temerloh esok paginya....


Penulis....

Sabtu pagi ke temerloh...

Sabtu pagi..awal2 suboh kena gi ke Temerloh teman piah gi mekap orang nak kawin which is P.A for sultanah pahang...i dont know sapa? tapi ikut jelaaaa

bak kata piah..jom la loma kita gi jalan2..makan angin..tapi balik hari ihihhihih

another part tadi sri wahyuni my classmate dulu dah bagi contoh gambar utk mini pelamin ni untuk tunang dia bulan 11 nih..ihihih

and bulan 12 adalah bulan paling sibok didunia...banyak kenduri kawin kena attend + buat pakej kawin utk oranggg....

see u 4 next entry..

Panggilan Interview lagi...

Next week is my busy schedule for an interview....

Malas dah nak mengelak sbb gatal tangan gi apply sapa suruh...

kawan2 asyik bising...penulis every year tukar keje...

yes laa...for IT people like me..memang kena carik opportunity untuk naik keatas

memang pon kena..even my boss also cakap mcm tuh...

tapi tak taulaa...against it depends on rezeki and your presentation during interview

even u tak bagus tapi u well present masa interview...u will selected to be the one

tapi tuhla...seluar slack ada...kemeje takde + kasot pon takde

U know what? penulis selama ni keje kat scope hanya pakai ala2 nak gi kolej

pakai jeans + shirt + snicker pastu jalan bawak my lappy utk ke opis..sangat santaiiii

ihihihihih...US work style katanya...tapi kadang teringin pakai ala korporat ihihih

apa pon i will try my best to get better position..kali ni interview with oil & gas company

and position sangat di idamkan dan perlu travel ke terengganu regularly....

if selected I will be base at KLCC ahahhaha..u can guess which company rite? ahaaa

see yaaaaaaaaaa..........

Kenapa dia begitu?

kenapa dia begitu...

Asyik ambil tahu pasal kerja yang bukan milik dia...dia sering kata " Do this part..this is our duty Mahadi"

dan akhirnya...dia kata begini "Oh Mahadi no need to do more..I already talk with Boss and he inform me that this is not our duty....actually they can get this report from that particular system...sorry Mahadi"

akhirnya aku bersuara " I told u before..this is not our scope..u tak caya kat I..why laaa"

He said " Oh I dont know laa cos they always look for me..not you haaa..Boss also inform me that all job always done by me..."

aku pon direct sound " Yes la...all people looking at you because all job u want to do...thats why people always come to you...u know what? jangan pandai bodek laa...you do your duty and make it done well pada u sibok keje orang and at the end....nothingggggg...u get what I means..."

Moral of the story........jangan suka menyibuk kerja org dan jangan sibok nak tunjuk bagus a.k.a membodek..penulis tak penah pon implement bodek membodek nih...i trust with my capability...

Wednesday, October 20, 2010

kenangan bersama kawan2

Penulis bersama Designer terkenal....Hatta Dolmat


Semasa perkahwinan Jaja


Semasa perkahwinan Sazzulya
Sebelah tuh Jijon...


Lunch time bersama Office Mate
Depan: Miss Niza & Puan Yana..


Penulis bersama lyn & Kak Cput


Kenangan bersama Acap..


Dari kiri: Fauzan, penulis, hatta, PIAH
Duduk didepan: Sibotak ihihih


Penulis sibuk melantak..yang lain posing
Ni time main boling dengan office mate...lalallala


Dengan Acap lagi...


Dengan Miss Cput & anak dia..


Bersama Enab..time ni mekapkan dia

Bila saya dikata tidak bagus

Bila saya dikata tidak bagus...


Saya akan menerimanya andai:

  • saya ini memang tidak bagus
  • saya ini memang tidak menyumbang
  • saya ini memang tidak ada idea bernas
  • saya ini tidak memberi pulangan
  • saya ini seperti tidak mempeduli yg lain
  • saya ini sukar menerima idea org lain
  • saya ini sukar bekerja dalam kumpulan
  • komunikasi saya sangat pasif
  • saya gagal dalam menyelaras kerja saya
  • hasil kerja saya tidak memuaskan
  • kedatangan saya <70%
  • saya tidak memberi reaksi bila mensyuarat
  • saya gagal menterjemah kerja saya
  • saya gagal menyelesaikan kerja mengikut SLA
  • saya tidak teknikal sebenarnya
  • saya tidak progresif
  • saya suka berdiam diri
  • saya tidak memberikan respon positif
  • tidak bekerja baik & tidak menerima arahan org atasan

Jika saya dikata tidak bagus sebagai seorang BOSS hendaklah kamu:

  • memberi teguran membina selaras memperbaiki prestasi
  • melihat potensi saya jauh kehadapan
  • tegur dan beri saya peluang untuk memperbaiki kerja

Itulah yang saya inginkan dari seorang BOSS..concern terhadap saya dan saya akan menjadi seorang org bawahan yang berdedikasi

Setelah Setahun Terjun Jauh...

Setelah hampir setahun terjun jauh...mungkin terjunan itu semakin kemas dan mendapat markah penuh dalam acara terjun sukan SEA ihihih...

Tetapi ini bukan acara terjun lalallala...penulis hanya ingin berkongsi pengalaman penulis tentang bisnes yang penulis ceburi dari awal 2010 iaitu wedding planner.

Kenapa memilih wedding bisnes?

Jawapannya mudah, MINAT. Ya penulis memang meminati bidang ini sedang penulis punya impian sejak melihat teman baik penulis iaitu Encik Zulkifli Sulaiman a.k.a PIAH menceburi bidang solekan & andaman dulu.

Dulu2 penulis rajin mengikut teman yang punya butik iaitu Che Mat yang penulis rasa banyak memberikan ilmu berguna walau ketika itu penulis hanya sambil lewa kerna ingin mencari duit poket sahaja.

Tetapi bila PIAH memulakan langkah dan sudah 2 tahun berjaya, penulis menyampaikan hasrat hati dan teman baik penulis memberi kata perangsang dan meyakinkan penulis bahawa penulis mampu melakukannya.

Penulis bukan ingin bersaing malah ingin menutup periuk nasi sesiapa tetapi hanya ingin memeriahkan lagi bisnes ini. Penulis tidak cukup ilmu dan hanya memperolehinya selepas penulis belajar bersama teman baik penulis.

Berkat kesabaran Januari 2010 menyaksikan penulis membuka bisnes online atas nama 'Didi's Creative Inspiration'. Kekok pada mulanya tetapi kini hasil diberi mampu membuatkan pelanggan tersenyum. Penulis tidak meletakkan harga terlalu tinggi dan sasaran penulis hanya utk org pertengahan.

Kini penulis ingin membuka studio penulis di Seri Kembangan bagi memudahkan kepada pelanggan penulis datang utk melihat hasil kerja penulis. Insya Allah studio DidisCI akan penulis lancarkan pada Januari 2011 atau setidaknya pertengahan tahun.

Semoga atas sokongan semua dari familia & rakan2 akan merealisasikan hasrat penulis untuk membina empayer penulis sendiri.




Tinta Penulis: Khamis, 21hb Oktober 2011

Entri hari nih mcm nak citer pasal interbiu lagi..

CSC invite me an interview for the position of Desktop Engineer. Malangnya hati ini tidak bisa meninggalkan Scope yang penuh suasana damai. Walau pun hati penulis kadangkala gundah bersama boss yang seakan tidak punya perasaan tetapi damai ini lain untuk dibicarakan.

Tidak seperti tempat lain, penulis boleh bekerja sepenuh masa sambil berbisnes secara online. Penulis punya masa untuk kerja juga bisnes yang penulis rasa seakan flexible.

Penulis juga cuba menghantar aplikasi ke Exxon Mobil dan seperti penulis jangka, email panggilan interview sekali lagi diterima dan penulis sangat bersyukur. Position yang penulis idamkan ada disitu dan gaji yang diberi buat penulis rasa terharu tapi penulis sekali lagi tidak bisa meninggal sekitaran kerja penulis sekarang.

Disini berbekalkan lappy pemberian company, penulis boleh menjengah blog sendiri dan kadangkala menulis di entri blog ini. Penulis tidak rasa mencari peluang baru dalam pekerjaan itu sasaran penulis sekarang kerana penulis ingin fokus kepada bisnes online pula.

Monday, October 18, 2010

Remedy Team dalam kenangan


saya bakal meninggalkan tools & tim department...saya akan pergi ke application team selepas ini. saya doakan semoga kawan2 di remedy team sukses dan bekerja dengan lebih kuat selepas ini.

Doakan saya terus sukses dalam bidang yang saya ceburi. To my big boss Mr. Bala thanks sbb jadi boss yang baik. thanks all.....

Jangan runsingkan fikiran


lalalla..nih saya


saya lagi..


ini mak saya...


nih abah saya...


nih keluarga besar saya..lalalla


Bila ada masalah datang bertamu...Mak lah tempah saya bertemu
Bila saya risau...maklah yang selalu jadi tempat penceritaan
Bila saya sedih...saya duduk dipangku mak saya..dan saya nangis puas2
Bila saya runsing...mak kata jangan runsingkan fikiran..tenangkan hati
biarkan kerunsingan itu pergi..sedang kerunsingan itu akan menjatuhkanmu
bila kamu tidak tahu mengawal emosi

Saya kagum, mak kuat dan tabah. Mak punya 9 zuriat yang nakal dan manje. tapi mak sentiasa redha dan membesarkan anaknya tanpa mengeluh sedikit pun.

Mak sangat jauh pandangannya, walau mak tidak punya ilmu yang tinggi, mak inginkan anak2nya belajar setinggi yang boleh. Mak selalu pesan, kalau kita miskin harta, kita boleh jadi kaya ilmu. Bila kita kaya ilmu hidup kita akan senang....

Saya kagum dengan mak....saya tidak mampu menjadi seperti mak..sebab mak kuat, tabah, redha, merendah diri dan selalu menerima ujian Allah dengan tenang hati.

Untuk mak kalau mak takde nanti, kami tak tahu mcm mana nak lalui hidup ini...

Wednesday, October 13, 2010

Sukar

Syukur kepada Tuhan atas limpahan kurnia yang diberi

Tahun 2010 penuh dengan dugaan, saya bersyukur kerana saya masih bernyawa sedang ia hanya pinjaman dari Tuhan yang masa Esa.

Thanks to abah & emak tanpa kalian berdua, saya tidak akan wujud didunia fana ini. Thanks atas kasih sayang yang tidak terhingga dari saya kecil..hingga dewasa ini.

Thanks pada dorongan dan sokongan abah & emak, tanpa kalian berdua rasanya jiwa saya kosong seperti saya ditinggalkan didalam rumah kosong tanpa penghuni dikawasan hutan yang sangat tebal.

Thanks pada abang yang selalu melihat dari jauh tingkah diri ini..walau abang sering mendiamkan diri tapi saya tahu dari kejauhan itu abang inginkan adiknya menjadi seorang yang boleh menggantikan dirinya disaat dia tiada bersama emak & abah.

Thanks pada adik-adik semua yang walau pun sering menjadi mangsa abangmu ini..walau pun kadangkala terusik dek laseran abangmu ini tapi niat abang satu ingin adik-adik abang menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan.

Walau hidup kita tidak mewah..walau kita tidak punya harta warisan..kita harus bersyukur dengan kurniaan dan limpahan rezeki dari Tuhan...kita harus bersyukur dengan nikmat dan kasih sayang yang diberikan oleh abah & emak.

Tahun 2010 ini dugaan yang hadir kini biar saya yang lalui..saya ingin kongsikan pon..saya tidak sampai hati. Takut2 nanti ramai yang bersimpati dari ingin membantu.

Saya redha atas ketentuanNya...saya tahu saya tidak akan di uji sebegini andai saya tidak mampu melalui...Tuhan itukan adil..jadi saya positif di uji sebegini

Saya juga tahu atas ujian itu..ada hikmah yang diberi pada saya. Saya diberi kerja yang bagus, saya diberi akal untuk membangunkan bisnes saya sendiri, saya punya inisiatif untuk membantu adik2 saya dan orang lain..

Saya bersyukur atas ujian ini dan saya bersyukur atas limpah rezeki yang diberi. Saya juga bersyukur masih bernyawa didunia ini. Saya juga bersyukur punya abah & emak, abang dan adik2 yang masih menyayangi saya.

Saya redha dengan ujian ini malah saya masih mampu melaluinya sendiri..

Saya tahu kawan2 saya selalu ingin membantu saya..tapi bantuan itu saya rasakan tidak perlu buat ketika ini. Saya juga sedar rezeki yang diberi itu harus dikongsi tapi biarkanlah saya bersendirian

Dugaan datang dan pergi, mungkin ketika ini saya dibawah dan terpaksa redha dan berusaha agar duduk diatas kembali. Jika saya duduk diatas pun nanti saya tidak akan melupakan yang dibawah.


"Ya Allah Ya TuhanKu..Kau berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaanMu ini..
Berilah aku petunjuk ke  jalan yang benar...

Ampunilah dosaku Ya Allah...Dosa kedua orang tua ku..
Dosa adik beradikku..serta seluruh umat islam

Jauhkan aku dari sifat munafik..Jauh kan aku dari api nerakaMU Ya Allah

Ya Allah Ya TuhanKu..Permudahkan Urusan Hidupku..Urusan Pekerjaanku...
Permudahkan aku beribadah kepadaMU...Tunjukkan aku kejalan yang benar

Rabbana Atina Fidunia Hasanah..Wafil A hirati Hasanatau Wakina Azabannar
Wasallahua Saidini Muhammadin Waala Alihi Waashabihi Ajmain...Amin"

Wednesday, October 6, 2010

Petua Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.


10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.


48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.

Monday, October 4, 2010

Last weekend: Tolong piah untuk readzul creation

Last weekend memang penat gila, jumaat amik leave pastu gi interview pagi kat steelcase mid valley. tak dapat kot kat sana ihihihih..i think so

lagi satu for first time, i decline job offered dari one of insurance company. sibuk nak mintak I salary murah last2 i decline and akhirnya i received one email yang kononnya dia taknak amik I cos nak amik freshy degree jek. Hello! Insurance company nak bayar i 3400 agak2laa...kalau 3800 ke 4K ke reasonalble lagi mmmmmmmm...tapi takpela stay kat sini lagi bagus..at least bleh la blaja lagi banyak application.

tolong readzul memang memenatkan...tapi happy sbb dpt kerja dengan kawan I which is piah a.k.a zulkifli sulaiman ihihih...
keje i simple...deko bunga pelamin untuk 2-3 majlis dorang...kira okla...start jumaat petang abis ahad pagi kol 5am. Pastu anta i balik umah trus tido sampai senin pagi 545am...pastu trus zoom gi keje ihihihih...

thanks piah cos bagi i keje...thanks pada che wan gak sbb bagi i blaja banyak lagi bende dlm wedding planner nih.

A lot bende yang bernilai dan tak ternilai yang di ajar oleh piah dari segi make up yang betul....yang i tak tau n now jadi tau...pastu banyak lagila skill piah yang dia turunkan...

piah kalo bab gubah bunga kena ikot style dia...i know his taste so dia tak kisah keje dgn i..tak suka bunga jarang2...suka bunga konsep rimbunan pagi ihihihih.....lalallalala

now, i am working for wedding dress utk majlis fara and nona. Nona 4/12 and fara 12/12 so now memang kena suh tailor siapkan pertengahan bulan 11 laaa....mmmmmmmmmmmmm

Rebranding Mimpi Didi

Lama tak berblog kat sini. Mimpi didi rebranding name pada Didi Mustafa journey. Mimpi Didi merupakan coretan diari online diri ini yang dikongsi buat semua.

Biarkan nama Mimpi Didi tersemat disini hingga ke akhir hayat. Semoga apa yang ada dalam Mimpi Didi akan menjadi satu bukti kukuh yang diri ini masih lagi mempunyai mimpi yg tak sudah. Yang mana mimpi itu kadang menjelma dan kadang hanya satu ilusi.

I dah nak start blogging nih...see u for next article..chiowww...