Sunday, December 26, 2010

Bila Malaysia belasah Indon..

Penulis pun sempat tengok Malaysia VS Indon untuk final Piala Suzuki. Masa kelayakan Malaysia dah kena belasah dengan indon 5-0 kali ni Malaysia plak belasah Indon 3-0 tp baki 90 minit lagi akan dilunaskan di Indon pulak selepas Final 1st round kat Stadium Bukit Jalil...

Walau menang selesa tetapi pelbagai kemungkinan boleh jadi..Jadi buat pasukan Malaysia...main sungguh2 semoga berjaya disana...Ingatlah bola itu bulat..jadi apa pon boleh jadi ihihihi

Sunday, December 19, 2010

Entri Baru...

Penulis sangat sibuk di bulan terakhir tahun ini, walau penulis cuba untuk update blog ini ternyata ianya tidak berhasil.

Bila penulis bertukar posisi & jabatan di company ini maka lain cara yang perlu di ikuti. Dengan manager & kerja baru semua perkara harus diambil kira.

Bila penulis juga sibuk dengan 'job' yang datang memberi penulis limpahan rezeki membuatkan penulis sedikit penat dari semua ini. Mujurlah minggu ini penulis boleh menarik nafas lega pabila tidak ada 'job' diambil. Minggu depan juga bz ke Melaka untuk menghabiskan 'job' terakhir iaitu pertunangan Faliha & Badry di Jasin.

Penulis kini sedang mencari rentak mengikuti frasa baru dalam jabatan baru. Memang berlainan kerana stress yang hadir memberikan penulis tekanan..sudahla bekerja dalam 12 jam disuruh pula stand by untuk PIM application..huhhhh

Bukan saja penulis..malah team mate penulis pun tidak mahu duduk disini lantaran kami berdua sedang sibuk berusaha mencari peluang baru..................

Thursday, December 9, 2010

tertinggal 1 gambar: Si gemuk



jambu ke? ahahhahaha

Year End Holiday 2010: Planning In Progress

Tahun 2010 akan menutup tirainya tidak lama lagi. Percutian famili telah pun kami rancangkan. seperti tahun sebelumnya lokasi masih menjadi topik utama kami adik beradik untuk menentukannya.

Penulis sangat optimis tentang ini dan hanya mencadangkan tempat yang dekat tetapi punya suasana percutian famili yang sederhana.

Lokasi pilihan penulis: Port Dickson, Tiara Beach Resort

Idealnya tempat ini walau pun kali ke 2 kami akan pergi tetapi punya fasiliti indoor yang menarik seakan sunway lagoon ihihihih...

tapi idea ini seakan ditolak semua kerana bosan dengan PD...penulis telah usulkan 2 lokasi lain iaitu:

- Melaka Bandaraya Bersejarah
-Bukit Tinggi

kami2 masih lagi memikirkan untuk pergi kemana.......nantikan!!!!!!!!!!!!!!

Famili Besar Saya

1st anak buah kami...aiman rizal a.k.a ayong
dia kini berusia 4 tahun & bakal memasuki tadika pei yik
(which is tadika cina yang ada kat area umah kami)

Ini mak saya..Puan Rapeah binti Jaseh..diapit oleh adik perempuan beliau
kanan: Puan Rohaya (2nd last) kiri: Puan Rohana (Ucu)


adik ke 4 penulis...Puan Mastura binti Mohd Mustafa a.k.a Nina
bersama anak beliau ayong & boboy
kini beliau sudah pun berbadan dua utk anak yang ke-3 ihihihi


Adik 2nd last penulis...Mazrolnizam bin Mohd Mustafa a.k.a Gemok
walau tak gemuk tp kecik2 dia gemuk..nama dah melekat sampai ke besar..nak wat mcm mana? bersama mak tercinta...
Beliau persis rupa penulis tapi bukan kembar ye ihihihih

adik ke 5 penulis.....Puan Masdiana binti Mohd Mustafa a.k.a Diana
sudah pun berumah tangga bersama suami tercinta..Encik Hairulnizam
Kini mempunya 3 cahaya mata...
kelahiran pertama memberikan anak kembar iaitu along & angah
semua lelaki ihihihihi...............

Anak ke 6 dalam keluarga....Cik Mastika binti Mohd Mustafa
kini menunggu keputusan semester akhir Diploma in Banking - UiTM
bakal menyambung pengajian diperingkat Ijazah..tahun depan..

Anak bongsu dalam keluarga.......Cik Massuri binti Mohd Mustafa (sweater putih)
baru saja di tingkatan 1 tetapi persis budak tingkatan 5 ihihihih
tinggi lampai orangnya...lallalalallala

Tika bersama suri melayan anak buah kami lalallala
penulis juga ada dilokasi kejadian iaitu Pantai Kelanang, Banting
famili Diana + Mak + Tika & Suri berkhemah disana semalam
patutnya kena pegi malam tuh join dorang tp sbb penat lepas pasang pelamin...dtg esoknya sajo bersama nina & anak2.............

Sidumok itu adalah anak sulong diana...which is kembar dgn si adik yang pakai kasut hijau..
memang close dengan atoknya nih...terpaksala mak layankan hihih..kata mak "berat"

Ini anak si nina......boboiiii
manje tapi pemalu...pendiam pon ado sbb tak pandai ckp lagi ihihih
slalu kena buli dengan abang dia lalalla

Adik beradik penulis yang lain:

anak sulong - En. Mahadir bin Mohd Mustafa
ke 3 - En.Mazlan bin Mohd Mustafa
ke 7 - En. Muhammad bin Mohd Mustafa

kalau ada gambar penulis akan upload later..............

Wednesday, November 24, 2010

Semi Final Scope Got Talent: Fazli Zainal - Harapan

Semalam penulis sibuk menelefon musab & cyana untuk meminta bantuan muzik arrangement untuk lagu Akim & Hazrul Nizam. Dua lagu itu akan dicombine untuk semi final scope got talent nanti...

Tapi pagi ini penulis merasakan lagu Akim tidak kuat bagi memberikan impak vokal penulis ihihihih...maka akhirnya penulis memilih lagu Fazli Zainal yang berjudul Harapan untuk diperdengar kepada juri nanti.

Ironinya lagu ini sangat balada dan sangat tinggi untuk dibawa. Penulis selalu bawa lagu ini bila karaoke ihiih jadi senanglah keje...itu karoke ye...bila berdepan org ramai mesti gugup...
Buktinya masa 1st round...penulis sangat gugup walau akhirnya ke semi final...itulah dinamakan rezeki...

Tapi cabaran yang datang pasti hebat...namun penulis kagum sebab dalam diam2 SCB-Scope punya banyak bakat terpendam ihihihih....

Nota kaki: Penulis tak harap apa pun...janji dapat masuk sudahhhhhh..lalallala

Bila saya di dalam committee Aids Day & Go Green

Sekali lagi penulis diberi peluang duduk didalam committee member bagi program World Aids Day & Go Green...

World Aids Day akan berlangsung bermula hari ini..tugas penulis hanya berada di booth dan mengedar flyers juga menjual pin juga t-shirt bersama rakan lain. Semalam core committee memaksa kami2 memakai all black hari ini...venue semestinya di cafeteria TPM, Enterprise 4.

Go Green akan berlangsung sabtu ini dimana acara bermula seawal jam 12 tengahari dan berkumpul di TPM Enterprise 4. Kami semua akan menuju kesana dengan menaiki bas dan dianggarkan lebih 10 buah bas akan ke lokasi iaitu Bagan Lalang. Program akan dirasmikan Menteri Inovasi & Alam Sekitar Datuk Joseph Kurup.

Penulis ditugaskan dibahagian logistik bagi memberi kemudahan kepada para volunteer yang melebihi 500 orang. nampaknya penulis bz minggu nih dengan pelbagai program..

Tapi hari ini lepas waktu keje lagi hebat....akan menuju ke Butik Wedding Glamourous untuk mengambil persalinan dan aksesori bagi pengantin sabtu ini di Jalan Klang Lama. Actually job mekap ni diberikan oleh kak BB Juita kepada penulis. Selepas itu pastinya penulis akan bergegas ke Butik Designer untuk mengambil 2 pasang baju sanding yang belum di beading lagi. Dress Moden color purple & grey pastinya bertambah seri dengan beading dan batu2 yang akan penulis letakkan.....akhir sekali penulis akan pergi ke Klang untuk menempah sepersalinan jaket lelaki moden untuk pengantin di TPG. Melawat ibu angkat tercinta di Kg Delek kanan akan mengakhiri journey penulis hari ini......sangat penatkan? itulah penulis...

Tengah malam ada task menanti iaitu ke Jeram untuk memasang pelamin. Pelamin ini memang di inginkan pasangan pengantin last minute. Untuk tidak menghampakan penulis terpaksa bergegas kesana memberikan idea dekorasi segar untuknya.