Wednesday, October 20, 2010

Setelah Setahun Terjun Jauh...

Setelah hampir setahun terjun jauh...mungkin terjunan itu semakin kemas dan mendapat markah penuh dalam acara terjun sukan SEA ihihih...

Tetapi ini bukan acara terjun lalallala...penulis hanya ingin berkongsi pengalaman penulis tentang bisnes yang penulis ceburi dari awal 2010 iaitu wedding planner.

Kenapa memilih wedding bisnes?

Jawapannya mudah, MINAT. Ya penulis memang meminati bidang ini sedang penulis punya impian sejak melihat teman baik penulis iaitu Encik Zulkifli Sulaiman a.k.a PIAH menceburi bidang solekan & andaman dulu.

Dulu2 penulis rajin mengikut teman yang punya butik iaitu Che Mat yang penulis rasa banyak memberikan ilmu berguna walau ketika itu penulis hanya sambil lewa kerna ingin mencari duit poket sahaja.

Tetapi bila PIAH memulakan langkah dan sudah 2 tahun berjaya, penulis menyampaikan hasrat hati dan teman baik penulis memberi kata perangsang dan meyakinkan penulis bahawa penulis mampu melakukannya.

Penulis bukan ingin bersaing malah ingin menutup periuk nasi sesiapa tetapi hanya ingin memeriahkan lagi bisnes ini. Penulis tidak cukup ilmu dan hanya memperolehinya selepas penulis belajar bersama teman baik penulis.

Berkat kesabaran Januari 2010 menyaksikan penulis membuka bisnes online atas nama 'Didi's Creative Inspiration'. Kekok pada mulanya tetapi kini hasil diberi mampu membuatkan pelanggan tersenyum. Penulis tidak meletakkan harga terlalu tinggi dan sasaran penulis hanya utk org pertengahan.

Kini penulis ingin membuka studio penulis di Seri Kembangan bagi memudahkan kepada pelanggan penulis datang utk melihat hasil kerja penulis. Insya Allah studio DidisCI akan penulis lancarkan pada Januari 2011 atau setidaknya pertengahan tahun.

Semoga atas sokongan semua dari familia & rakan2 akan merealisasikan hasrat penulis untuk membina empayer penulis sendiri.




No comments: