Wednesday, May 7, 2008

Untuk mak...



Sempena hari Ibu yang akan menjelma..I really want to wish Happy Mother's day to all mother's in the world terutama my beloved mom 'Rapeah bt Jaseh'

This is for you............

Mak terima kasih melahirkan anakmu, bukan madi sorang jew tapi untuk adik beradik yang lain. Sembilan putera-puteri comel kau lahirkan. Betapa kau begitu kuat dan sabar mengandungkan kami. Kau begitu tabah mengharungi segala cabaran untuk membesarkan kami.

Mak,

Kau umpama lilin buat kami, nyalaan lilin itu bagaikan membakar semangat kami untuk terus memberikan yang terbaik buatmu.

Mak,

mak bukan sekolah tinggi, mak bukan tinggi ilmu agama tapi mak selalu mengingatkan kami bahwa hanya dengan ilmu sahaja akan mengubah hidup kita semua.

Mak,

terlalu sukar untuk kami membiarkan kau bersedih apalagi ingin melukakan hatimu mak. Walau kadangkala kami sedikit membuatkan kau terguris. Pinta kami maafkanlah anak-anakmu ini.

Mak,

tiada insan lain semuliamu, kau begitu kami sanjungi kerna kau punya karisma yang ada pada setiap ibu. Jasamu tidak boleh dibalas dengan wang ringgit. Kami tahu kau memerlukan kami kini dalam meniti usiamu yang semakin dimamah waktu.

Janji kami mak,

kami akan cuba membahgiakanmu..kami tidak akan membiarkanmu apalagi ingin melihat kau menderita. Semua anak-anak mengasihimu...mencinta dan memerlukanmu

Mak,

sempena hari ibu ni kami nak mintak ampun dan maaf andai kami melakukan kesilapan padamu. Mak kami terlalu cintakan mak. Terlalu sayang.

Mak,

SELAMAT HARI IBU....I REALLY LOVE U.

anakmu,

Mahadi bin Mohd Mustafa

My first writing...

Assalamualaikum Wbt,

Puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Illahi. Semoga apa yang dilakukan hari ini lebih baik dari semalam.

Kesilapan lalu biarkan ia jadi sejarah. Kehidupan baru perlu dimulakan dengan azam dan cita-cita yang lebih baik.

Semoga blog ini menjadi wadah untuk kita merapatkan silaturahim sesama insan.

Wassalam.

Didi